Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Thursday, May 31, 2012

Desert : Mille-feuille

Posted by Little Hanis at 5/31/2012 11:57:00 AM 0 comments
Sedapnya makan Mille-feuille..

Gambar ikhsan en google..

Nampak macam senang je.. pastry puff pun ada lagi kat rumah..

Bahan2 yg diperlukan,

Pastry Puff jenama kawan
Cream Pastry 
Buah strawbery @ blueberry filling

cara-cara nak buat cream pastry (resepi chef amir):

320gm pastry cream (boleh rujuk sini) - kemudian sejukkan
12gm gelatin
40-50ml air sejuk (larutkan gelatin guna double boiler)
80 gm topping cream

Caranya:
sediakan pastry cream dulu.. then cairkan gelatin guna kaedah double boiler, masukkan gelatin ke dalam pastry cream. Pukul topping cream masukkan ke dalam campuran pastry cream tadi..

Bakar pastry puff then sejukkan.. lapiskan pastry dengan cream pastry tadi.. lapiskan pastry puff then cream pastry.. pastu letak la buah @ blueberry filling..siap..



harap2 ada la kesempatan ibu nak buat.. syirah dok diam2 ye sayang..





Tuesday, May 29, 2012

Sembang Dina..

Posted by Little Hanis at 5/29/2012 12:06:00 PM 0 comments

Cerita 1:

lokasi : Dapor..tgh basuh pinggan kat dapor pas masak cream puff..

Dina : Ibu.. Apa tu..
Ibu : Apa..?? (ibu tengah basuh pinggan.. tak tgk pun apa bendanya..)
Dina : Niii.. (sambil tunjuk setompok inti cream puff yang tertumpah kat tepi singki..)
Ibu : oh.. ibu rasa tu tahi burung tu.. ( saje je cakap tahi.. tak nak bagi dina pegang2...karang kotor tangan..)
Dina : Eee.. urung tak asuh punggung lagi..
Ibu : a'a.. apa la burung ni.. berak pun tak basuh kan..
Dina : Ibu.. urung tu tak oleh acuh.. iye tak de tangan pun...

Ibu dalam hati cakap.. pandai anak ibu ni..

Cerita 2:

Lokasi : Ruang tamu tengah tengok rancangan adik dan al quran

sambil main..

Dina: Atuk.. ancat annyan..
Atuk : Apa dina.. Jom kita pi Bemban..
Dina : ancat annyan.. (suara kuat sket dah.)
Atuk : Cepat dina pas antaq opah kita makan roti canai kedai hassan tau.. (kes tak paham apa cucu cakap..)
Dina : atuk...ancat annyan..ancat annyan..(dah nangis2 dan marah sebab atuk tak paham..)

ibu tengok.. rupa2nya dina suruh atuk tadah tangan.. ( kat TV tu tengah baca doa..patut la soh anngkat tangan,..)

Ibu : Atok.. dina soh angkat tangan tu.. tu ustaz tengah baca doa tu..

alhamdulillah..baguih anak ibu ni.. ingat pesan ibu.. kalau orang baca doa kena angkat tangan..


Cerita 3:


Lokasi: dalam keta (destinasi --->pasar malam taman saujana..)


Masuk keta ibu sembang2 ngan Dina..


Ibu: Dina.. tadi opah pesan beli kat opah Roti John.. Mak Ngah soh beli bihun sup.. ingat tau..
Dina : ok
Ibu: Dina nak beli apa kat pasar malam?
Dina : Ermmm.. (pikir2..) diam je belum ada jawapan..
Dina : Ibu..Na nak beli air..


pastu dina cakap,


Dina : Ibu, Na nak air abbit.. (sambil buat tangan 2 (peace)
Ibu : Air Rabbit??? (dalam hati cakap air apa pulak dia nak ni.. air kotak apa lak ada gambar rabbit..)
Dina : Ibu tak aauuu..(Ibu tak tahu..) <-- marah!!
Ibu : Ok..nanti sampai pasar malam tunjuk kat ibu air rabbit ye..


sampai pasar malam..


Ibu: dina.. nak beli air yg mana?
Dina : Air abbit.. kat tangan pegang duit 2kupang sbb nak beli air..
Ibu : cepat tunjuk nak air mana? tembikai ke? (Ibu yang nak sebenarnya..)
Dina : Air ni.. (scroll la kat bawah untuk jawapannye..)
































AIR RABBIT = AIR CARROT la... apa pasai la ibu tak terpikir tadi....








Monday, May 28, 2012

Posted by Little Hanis at 5/28/2012 12:15:00 PM 0 comments


Perkembangan Dina sehingga sekarang ( 2 tahun 6 Bulan )

ü  dah pandai ABC ~ Z
ü  dah pandai 123 ~20 (bm & bi)
ü  dah hafal alif ba ta ~ ya
ü  dah kenal warna.. cuma silver & putih kadang2 confuse..
ü  dah boleh baca doa makan.. tapi tak lancar lagi..
ü  Suka sangat berenang (sapa tah ajar dia berenang..ibu tak pandai pun..)
ü  Boleh putar skru dah.. skru size M6 (kecik tu kata ayah..) tu dah boleh bukak dan pasang balik..hebat tak???
ü  boleh ikut zikir2 yang ibu & ayah baca masa nak tidurkan adik & dina
ü  üsuka baca buku dictionary bergambar yang ibu beli.. hari2 soh org baca, dalam  keta, atas katil depan tv.. sapa2 je la dina akan soh baca/cerita untuk dia..
ü  Sangat suka naik keretapi.. tu yang dok cakap.. Na dah lama  tak pi zoo..(boleh le naik ketapi..)
ü  Tak reti kawan ramai2.. kalau kawan ayah.. tak kawan ibu..(anak (taknak) ibu..nak ayah jer..)..@ anak opah..nak atuk jer..)
ü  Bangun awal pagi..terus nak mandi..rajin dina mandi pagi ye..
ü   


Perkembangan Insyirah (6 Bulan )

ü  Pandai senyum & agah..
ü  pandai merajuk kalau ibu balik tak ambik dia / buat tak endah kat syirah..
ü  pandai makan mash potato.. bubur nasi tak nak..
ü  pandai menirap tapi malas malasan nak meniarap..
ü  dah pandai main..
ü  suka tido atas org..
ü  dah kenal orang... 
ü  sangat suka mandi.. tengah nangis2 bawak pi tepi singki boleh senyum bila ibu pasang paip..kalau mandi berendam dalam besen akan tersenyum dengan senyuman yang amat manis...kaki pulak menendang2 dalamm air tanda sangat seronok..
ü  suka sembur air liur... lagi ibu kesat lagi syirah sembur..


Saturday, May 19, 2012

Pannacotta - Italian Pudding..

Posted by Little Hanis at 5/19/2012 11:01:00 AM 0 comments


Pannacotta is a traditional creamy pudding originating from Piedmont in Northern Italy. “Panna cotta” translates to cooked cream in Italian. This rich and delicious version is flavored with strawberries and vanilla. Makes 6.

Ingredients
  • 1/2 cup of milk
  • 3 teaspoons of gelatin
  • 20 fl oz of cream
  • 3/4 cup of caster sugar
  • 4 fresh strawberries
  • 1 teaspoon of vanilla essence
Cooking Instructions
Lightly grease 6 pudding molds.
Pour the milk into a small bowl. Stir in the gelatin and set aside.
Place the cream, sugar, strawberries and vanilla into a saucepan. Slowly bring to a boil, stirring until the sugar dissolves. Remove from the heat, add the gelatin mixture and stir until the gelatin dissolves. Set aside to cool for 15 minutes.
Strain the mixture and pour into the prepared molds. Refrigerate for at least 4 hours, or until set.
To serve the pannacotta, dip the outside of each mold in hot water for 10 seconds which should make it easier to remove them from the molds, then run a sharp knife around the inside of each mold and invert onto a serving plate.
Pannacotta can be served as is or topped with fresh fruit like mixed berries and strawberry sauce.

sumber :
http://www.freerecipes.org/pannacotta/

Thursday, March 15, 2012

Insyirah masuk wad...

Posted by Little Hanis at 3/15/2012 06:29:00 AM 0 comments
15 March 2012 - insyirah masuk wad kat KPJ due tu batuk berkahak..

kat sana nurse terpaksa buat sedut + pysio kat syirah sebab nak kuarkan kahak yg ada kat saluran paru2.. meraung la syirah setiap kali buat.. sian ibu tgk.. suara punya kuat nurse kata tak padan umur 4 bulan..

sian anak ibu sorang ni.. masuk wad malam khamis kuar hari ahad tghr..



Sunday, February 12, 2012

STABILISED WHIPPED CREAM

Posted by Little Hanis at 2/12/2012 10:48:00 AM 0 comments
STABILISED WHIPPED CREAM

2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan

Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi.

CHOCOLATE GLAZE

300 gm coklat masakan gelap
370 gm Heavy cream

Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
Untuk Heavy cream pula ita tak ada, lagi pula bimbang kalau yang ada di pasaran tidak ada tanda Halal. Ita gantikan dengan whipping cream. Boleh juga ita rasa gantikan dengan susu cair tapi kurangkan sedikit sukatannya.

Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
Kacau rata sehingga semua coklat melarut.
Kemudian tapis.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya.



Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
Alas redai dengan tray atau dulang.
Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.


sumber : http://fromintankitchen.blogspot.com

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream


Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

CARAMEL CHEESE PUDDING

Posted by Little Hanis at 2/12/2012 10:30:00 AM 0 comments
CARAMEL  CHEESE PUDDING
By : Yani
Sumber Rujukan : My Resepi

Karamel

70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding 

180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-caranya:

Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.

Silalah cuba..

pinjam gambar dari blog kak ita  http://fromintankitchen.blogspot.com

 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting