Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Thursday, February 2, 2012

Posted by Little Hanis at 2/02/2012 11:55:00 AM 0 comments
Seronoknya tgk barang2 baby ok.. ni tetiba teringin nak beli Self-Adhesive Chalkboard kat Dina..

Jom layan gambar..

Wednesday, February 1, 2012

Cerita Insyirah : MAM anti colic bottle

Posted by Little Hanis at 2/01/2012 10:14:00 AM 0 comments
Anti-colic bottle atau botol biasa?

Persoalan tu  yang ibu bermain2 di kepala sejak dah hujung2 pantang... Insyirah Ibu start bagi minum botol bila dia dah berumur 40++ hari..(Insyirah memang ibu bagi penyusuan BF secara exclusive sejak dari lahir, sbb masa lahirkan Irdina dulu, dia mungkin keliru p*t*ng.. ibu masa tu kurang pengetahuan pasal penyusuan BF.. so Dina tak nak direct BF..dia minum susu badan yang ibu perah ke dalam botol...so kali ni masa kat hospital, sebelum masuk wad bersalin ibu dah pesan kat nurse ibu nak bagi fully BF pada baby nanti..) 

Risau jugak takut nanti anak ibu tak nak minum botol time ibu pi keje.. teruk la Opah kalau macam tu..  so, persiapan untuk ibu bekerja nanti.. ibu cuba bagi minum guna botol.. tapi yang ibu nampak insyirah ni banyak angin dalam badan..kejap2 dah kene kembung perut..(kentutnya punya la banyak kali & kuat..hehehe.. sib baik mau kentut.. kalau tak lagi susah..)

masalah dengan insyirah ni, dia tak nak sangat minum susu pakai botol..(maybe puting plastik tak best..huhuhu..) banyak kali jugak ibu tukar2 jenis puting macam2 yang ibu try.. tapi asyik luah2 atau main2 dalam mulut je.. insyirah tak nak pun hisap.. kalau hisap pun kejap jer, pas tu mesti luah balik..

Alhamdulillah bila dah masuk keje.. sembang ngan kawan2 ada yang suggest pakai MAM silk teat.. Syukur.. bila first time try bagi kat dia insyirah laju jer hisap puting tu.. lega rasanya bila dapat puting yangg sesuai deangan dia..then bila bagi BF pun dia takde masalah.. ( thanks to hajjar sebab bagi botol MAM anti colic tu ye..)



Yang bagus bila guna MAM anti colic bottle ni, ibu tengok insyirah dah kurang kembung.. kentut pun tak banyak macam sebelum ni.. Thank to MAM anti colic bottle.. 



yang lagi best pasal botol ni ialah.. ada Self sterilizing function


The MAM Anti-Colic Bottle sterilizes itself in just three easy steps:                                                                                                         
Fill with 20 ml of water
Put the bottle together


Heat in the microwave for 3 minutes at 500 to 1,000 watts*

*Sterilization time varies with the number of bottles:
Number of bottles to be sterilized at once   1    2    3    4    5    6 
Sterilizing time in minutes   3   4   5   6    7   8 




Ini apa yang ibu baca..

Test results from the MAM Anti- Colic Bottle


Parents tested the MAM Anti-Colic Bottle with the innovative vented base and 80% clearly say their babies benefit from no more swallowing air, relaxed drinking and quiet nights.

Question: Did the colic attacks change in any way after using the MAM Anti-Colic Bottle?
    Yes, the colic stopped completely.
    Yes, colic was reduced.
    No, colic was the same.



Source: Market research 2010, tested with 207 mothers.


Tuesday, January 31, 2012

Air tanganku : Cream Puff

Posted by Little Hanis at 1/31/2012 11:15:00 AM 0 comments
Sesuai untuk minum petang.. kesukaan mak.. suami.. & keluarga tersayang.. senang dan sedap..

Cream Puff receipe

(ambik kat link mana udah lupa..)



1 cawan tepung gandum – diayak
½ cawan mentega – suhu billik
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 ¼ cawan air
3 biji telur gred A ( guna 4 biji telur kalau gred C )
** spray air

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Pukul telur. Masukkan telur sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis
8. Spray air pada pastry (sebagai agen penaik.. cream puff lebih naik) dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min. (bergantung pada oven)
9. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai.






CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
½ tbs tepung kastad
5 ½ tbs gula
300ml susu segar (satu kotak kecil)
1 biji telur gred A
1 tbs mentega
1tbs vanilla esen

** utk variasi rasa boleh masukkan dua titik esen mangga (untuk rasa mangga)

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum, kastad dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur, gula & esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

Thursday, January 19, 2012

Sembang-sembang..

Posted by Little Hanis at 1/19/2012 11:31:00 AM 0 comments
Sejak dah dapat mulut ni.. dina dah boleh diajak bersembang.. kadang2 tu lawak dengar cara dia menjawab..sekarang ni Dina rajin bertanya bila dia nak tahu apa yang ibu atau ayah buat..mulutnya mula la bertanya.. " ibu.. apa-apa?" (maksudnya, ibu buat apa?) cute sangat bunyinya.. bila dengar Dina cakap tu..

Ibu suka tanya..

Ibu: Dina sayang ibu tak?
Dina : ayang..
Ibu : Sayang banyak mana?
Dina : ayang nyak ni.. (senyum sambil mendepakan tanyanya panjang2)
Ibu : Dina sayang sapa lagi?
Dina : Ayah...
Ibu : Lagi..?
Dina : Adik.. Atuk.. Opah..
Ibu : Opah mana ?
Dina : Pah Ban (Opah Bemban) Pah Tin ( Opah Changkat Tin)
Ibu : Lagi..?
Dina : Amai...( Sambil tunjuk jari 10..)

Kalau ayah nak pi keje.. Dia suka teman ayahnya pakai stokin kat pintu.. pas cium tangan dan pipi ayahnya.. dia pun pesan "Ayah.. Ati-ati.."( Ayah.. Hati-hati..)

itu la dina cayang ibu..

Wednesday, January 18, 2012

Dina berenang..

Posted by Little Hanis at 1/18/2012 06:39:00 AM 0 comments
Anak ibu yang sulung ni..sangat suka berenang...

layan gambo ye..

masa ni baru beli kolam besar.. hadiah besday dina yang ke 2 tahun.. hadiah dari ayah...excited sangat mandi .. sampai kecut2 tangan punya mandi..






Thursday, January 12, 2012

Sama tak kami?

Posted by Little Hanis at 1/12/2012 03:49:00 PM 0 comments
Tengok la puteri ibu 2 orang ni.. sama tak?

Sunday, January 8, 2012

Hanis Insyirah binti Mazelan

Posted by Little Hanis at 1/08/2012 03:01:00 PM 0 comments
Selepas 38minggu  3hari berada dalam perut ibu.. pada 8 November 2011, 9:18pagi lahirlah puteri ibu yang kedua.. yang diberi nama Hanis Insyirah binti Mazelan..Insyirah yang membawa maksud Kegembiraan, Kelegaan hati.. jom tgk photo anak ibu no 2 ni...cayang dia..muaahhh


 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting