Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Wednesday, August 1, 2012

Carrot Cake resepi dari Alin

Posted by Little Hanis at 8/01/2012 01:10:00 PM
carrot cake untuk besday abah.. ke 59



--------------------------------------------------------------------------------------------

Carrot Cake (kak azlita,mat gebu & kak jee..)

CARROT OAT CAKE
Sumber : Dunia Dari Dapur Kak Jee


Bahan2nya:

1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung (kjee guna canola)
¾ cawan gula halus (kjee guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap)

Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega
½ ketul philadelphia cream cheese
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icin
2 sudu besar whipping cream - ita tambah

Cara membuatnya:
Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.

Cara membuat cream cheese topping:
Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Resipi ini sesuai untuk keluarga seramai tiga orang jer. Lebih dari tu kena gandakan bahan2nya.

Setelah kek masak sejukkan dahulu. Potong kek kepada 2 bahagian. Letakkan Cream Cheese toping atas lapisan kek yg telah dipotong. Kemudian tindihkan dgn satu lapisan lagi. Untuk kek buat 2 adunan cream cheese kerana tak cukup kalau satu adunan. Untuk carot yg kat atas kek tu ita gunakan fondant.

Ni cake yang ibu dah cuba... dina suka betui makan cream cheese tu..



----------------------------------------------------------------------------------------------

Carrot Cake Recipe




Ingredients:
2 cups flour
2 tsp. baking soda
2 tsp. ground cinnamon
1/2 tsp. salt
3 large eggs
2 cups sugar
3/4 cup vegetable oil
3/4 cup buttermilk
2 tsp. vanilla extract
2 cups grated carrots
1 cup chopped pecans

Instructions:

1.Stir together first 4 ingredients. Beat eggs and next 4 ingredients at medium speed with an electric mixer until smooth. Add flour mixture, beating at low speed until blended.

2.Fold in carrots and nuts. Pour batter into a greased and floured 13" x 9" pan or muffin cups.

3.Bake at 350° for 30 minutes; cover pan loosely with aluminium foil to prevent excessive browning, and bake 10 more minutes, or until a wooden pick inserted in centre comes out clean.

Note : Kat ingredient tu ada buttermilk tapi kalau susah nak dapat boleh ganti dengan 3/4 cup susu segar dlm kotak + 1 sudu teh jus lemon atau cuka makan. Bila dah campur tu jangan kacau dulu, biar dia mendak dalam 10 minit. dah mendak tu baru kacau and tuang semua sekali dalam cake mix. Alin selalu guna 1 cup gula pasir + 1 cup brown sugar.

Topping cream cheese frosting
250gm cream cheese (alin selalu guna yang philadhelphia cheese tu) + 100g butter kalau nak sedap yang unsalted + 1 sudu kecil vanilla + 3-4 cup icing sugar. depend nak manis mcm mana. nak senang frosting kan dia, dah mix semua, simpan jap dalam peti ais dlm 1/2 jam lepas tu baru buh atas kek. mmg sedap.

masa mix tu kan kena make sure butter dengan cheese to room temperature lembut dia kalau keras nnt dia ketul2 dgn gula tak sedap.

n lagi satu ayak gula icing.

0 comments on "Carrot Cake resepi dari Alin"

Post a Comment

 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting