Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Tuesday, June 20, 2017

Posted by Little Hanis at 6/20/2017 12:54:00 PM 0 comments

Lasagna Sedap

( TESTED : tq blog : emiliaputeri ( diambil dari blog Ayue Idris.)

Nota: Ayue Idris tak bagitau sudu yang dia guna sudu apa. Jadi, saya guna sudu sukatan (saya guna sudu besar 15ml). Cuma, setiap bahan tu (terutama garam dan gula) saya kurangkan sedikit. seram juga tengok sudu sukatan yang besar ni hehehe...


Bahan-Bahan

250gm Instant Lasagna (guna setakat yang perlu. Bergantung kepada inti dan saiz pan anda)

Keju Mozarella dan Parmesan secukupnya (guna semasa melapis lasagna).


Bahan-Bahan Inti Daging


3 biji bawang merah - dipotong dadu (saya kisar)
6 ulas bawang putih - dicincang halus (saya kisar)
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu (saya tak letak)
400gm daging kisar  
350 gm sos spaghetti 
2sb serbuk oregano (oregano flakes pun boleh) 
1/2 sb garam  
1sb gula 
3sb sos cili
1 tin cendawan - dihiris (saya tak letak)
1sb lada hitam


Cara-cara masak inti daging


Rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur. (JANGAN sehingga masak). Tos dan susun di atas dulang. Jangan bertindih ya. Kalau bertindih, nanti melekat, susah nak pisah. 

Tumis bawang merah, bawang putih, sehingga naik bau dan masukkan daging kisar. Masak sehingga air daging kering.



Masukkan sos spaghetti, masak sebentar. Masukkan cendawan dan carrot (saya tak letak). Kemudian masukkan serbuk oregano. Rasakan dengan garam dan gula. Ketepikan.

Sekarang, kena buat sos putih (white sauce). Sos ini untuk dilapis selang-seli dengan inti daging tadi. Mesti buat tau, kalau tak, rasa tak sempurna. 


Bahan-bahan Sos Putih

8 keping keju cheddar
2sb mentega  
2sb tepung gandum 
2 cawan susu segar penuh krim  
1/2sb garam  

Cara-cara masak sos putih 

Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan tepung gandum, masak sehingga kekuningan. Masukkan susu segar penuh krim dan gaul rata.



Masukkan Cheddar cheese dan gaul hingga cheese cair dan sebati. Masukkan sedikit garam. Masak sehingga sos likat dan pekat.


Jom melapis

Gunalah apa-apa loyang yang anda suka. Asalkan loyang tu boleh dibakar dan janganlah yang melekat (non-stick). Sapukan loyang dengan mentega. 

Letak kepingan lasagna di lapisan paling bawah.


Disusuli dengan inti daging. Pastikan daging menutupi kepingan lasagna.

Patut lebih lagi. Letak sampai tepi-tepi semua kena. 

Letak sos putih.


Taburkan keju mozarella dan parmesan.



Ulang langkah menyelang-seli sehingga loyang penuh. Bakar di dalam oven selama 40 minit, 160°.

Potong lepas masak. Sedap makan panas-panas. 




Sedap. Kejap je habis.



Selamat mencuba.

Sekian.
Posted by Little Hanis at 6/20/2017 10:30:00 AM 0 comments
Syirah yang banyak mulut..

Seronok dengar syirah bercerita.. kat sekolah pon cikgu bgtau syirah ni rajin bercerita...ada je la cerita nak dibgtau oleh si mulut potpet2.. luv you cayang ibu..

lagi satu kebolehan syirah ni.. sangat cepat mengingati tempat2 yg dia dah penah pegi.. dari kecik dia akan tanya.. "kita kat mana?" bila dah tau nama tempat tu.. next time kita lalu dia akan sebut.. kita dah sampai kat sini kan.. (sebut nama tempat)..jalan dari pusing ke cangkat tin jangan cerita la.. dalam gelap pon dia hafal dah.. 







 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting