Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Tuesday, June 19, 2012

Posted by Little Hanis at 6/19/2012 04:20:00 PM 0 comments

PENYENGGARAAN MESIN JAHIT


Rujukan info dari 

1. Mengganti Jarum Mesin Jahit.

- Longgarkan skru pemegang jarum.
- Pastikan bahagian yang rata menghadap skru.
- Pusingkan roda imbang mengikut arah jam untuk menurunkan jarum.
- Pastikan jarum masuk di pertengahan gigi penolak.

2. Meminyak Mesin Jahit.


- Tuangkan minyak melalui lubang mesin pada kepala mesin.
- Gerakkan mesin tanpa benang untuk beberapa ketika.
- Letakkan kain perca dibawah penekan jahit.


3. Menukar Tali Mesin.


- Tebuk dua lubang pada kedua-dua hujung tali mesin.
- Sambungkan kedua-dua hujung tali mesin dengan memasukkan cangkuk besi dan tekan rapat

Membaiki Kesilapan Mesin


JENIS KESILAPAN
SEBAB / PUNCA
CARA MENGATASI


Mata Jahitan Longgar
-        Jarum tidak dipasang dengan betul
-        Gelendung tidak dimasukkan ke dalam sekoci dengan betul
-        Benang atas longgar

-          Betulkan pemasang jarum
-          Masukkan gelendung ke dalam sekoci dengan betul
-          Tegangkan benang di ceper penegang benang

  

Jarum Mesin Patah
-          Jarum tidak dipasang dengan betul
-          Fabrik ditarik dengan kuat
-          kearah hadapan mesin
-          Sekoci tidak dipasang dengan betul

-          Betulkan pemasangan jarum
-          Tolak fabrik ke belakang
-          Betulkan pemasangan sekoci




Kelim 
Berkedut
-          Jarum yang di gunakan tumpul
-          Tegangan benang mesin ketat
-          Saiz mata jahitan tidak sesuai dengan fabrik

-          Tukar kepada jarum yang tajam
-          Longgarkan tegangan benang di ceper penegan benang
-          Sesuikan saiz mata jahitan dengan jenis fabrik


  
Benang Bawah Berkedut
-          Tegangan benang bawah ketat
-          Terdapat benang yang terlekat di sekoci
-          Sekoci tidak dipasang dengan betul

-          Longgarkan skru di sekoci
-          Bersihkan sekoci
-          Pasang sekoci dan gelendung dengan betul 

Sunday, June 10, 2012

insyirah dah boleh duduk..

Posted by Little Hanis at 6/10/2012 05:49:00 PM 0 comments
7 bulan..insyirah dh boleh duduk... kejap je la.. pastu tumbang ke belakang...huhuhu..

cayang..manja..bucuk..

Monday, June 4, 2012

Petua banyakkan susu..

Posted by Little Hanis at 6/04/2012 10:47:00 AM 0 comments
petua zaman berzaman nenek moyang... 

1 gelas besar susu segar+ 1bijikurma+21 biji kismis+7biji badam = blend kan smpai berbuih, then minum.. serius sedap.. Alhamdulillah susu jdi byk... 

Mudah2an boleh membantu Mommies semua yg nak meningkatkan penghasilan susu...Amin..
Jgn Lupa sebelum minum selawat & baca "Ya Matin x21"..






TIPS UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU...
1)Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu.
2)cuba makanan yg dikatakan sbg milkbooster- Keberkesanan adalah bergantung kepada individu masing2,bukan semua org sama tau.contoh makanan: Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang, betik muda dan sebagainya
3)Sentiasa doa pd Allah agar di permudahkan perjalanan penyusuan anda..


TIPS UNTUK IBU MENYUSU YG ADA MASALAH SUSU???

~~~Jangan mudah mengeluh..dh cuba pelbagai cara tapi masih x berkesan?jgn give up!!!yg penting kena set mind,susu ibu ckp utk anak anda...ok,satu lagi kaedah yg mungkin blh membantu ibu2 semua..POWER PUMPING...macam mana nk buat??

1)kl guna Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya,tukar setiap 10 minit berterusan selama 1 jam.
2)kl guna Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit,then sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

ibu2 disarankan agar melakukan power pumping ni sekali sehari, seelok2nya buat waktu antara tgh malam hingga subuh, kenapa??sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni..so,selamat mencuba u ollsss...
 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting