Welcome

Hanis irdina, Hanis Insyirah
Ibu dan ayah sayang kamu berdua.. muaahh



Thursday, December 15, 2011

Penyimpanan susu ibu

Posted by Little Hanis at 12/15/2011 04:20:00 PM 0 comments
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.



credit to http://www.momschoice.com.my

Monday, December 12, 2011

Irdina's first letter

Posted by Little Hanis at 12/12/2011 04:02:00 PM 0 comments
dina dapat surat pertama dia posmen bagi pagi tadi...


then terus nak buka surat tu.. dina mmg selalu buka surat kalau dapat surat dari kelab2 susu yang ibu masuk..


surat tu dari Friso rupanya.. wish hepi 2nd besday kat dia... suka la dia nampak kek tu..

Sunday, December 4, 2011

Nasi Ayam

Posted by Little Hanis at 12/04/2011 11:08:00 AM 0 comments

Resepi Nasi Ayam
** Untuk  5 pot beras
** Ayam seekor – dipotong 6 bahagian
** Tomato, Salad dan Timun untuk hiasan.

Penyediaan Hidangan Nasi ayam
Langkah 1: Sediakan stok ayam
Ayam dibersihkan
¾ periuk air
1 biji bawang besar – dibelah 4
1 biji tomato – dibelah 4
½ sudu besar garam
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
semua bahan direbus sehingga ayam empuk, tapis barang2 tadi..bahagikan stok ayam untuk nasi ayam dan sup ayam.

Langkah 2: Nasi Ayam
5 pot beras – dibasuh & ditoskan
Air stok ayam secukupnya masak nasi
5 sudu besar minyak masak
3 sudu besar  margerin
4 biji bawang merah
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2cm halia – diketuk
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Panaskan minyak dan margerin atas kuali, tumis halia, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan goreng hingga kekuningan.. masukkan beras dan masak atas api 5 minit..(gunakan api paling kecik)
Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air stok ayam (mendidih) tadi tambah garam dan daun pandan.. masak dalam periuk nasi elektrik.

Langkah 3 : Ayam Goreng
Seekor ayam – yang telah direbus tadi..
(**ambil tomato dan bawang besar dari bahan yang direbus tadi dan kisar bersama2 bahan dibawah)
Cara-caranya:
Perap semua bahan tadi.. panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing..angkat dan potongkan kecik2..
(** jangan buang bahan perapan digunakan untuk sos kicap nanti)
Bahan perapan
1 biji bawang besar – tumbuk lumat
2 cm halia - tumbuk lumat
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
3 sudu makan sos tiram
½ sudu kecik Kiub pati ayam nor
Kicap manis – secukupnya hingga kehitaman

Langkah 4 : Sos cili
Bahan-bahan:
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
4 sudu sos cili
2 sudu gula kabung
Cuka – beberapa titik
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara-caranya:
Kisar semua bahan diatas..masukan air, garam, gula dan cuka secukup rasa, masak diatas api sederhana.


Langkah 5: Kicap sos
2 sudu minyak
Bahan perapan ayam tadi
Garam dan gula secukup rasa
Air sup secukupnya
5-6 titik minyak bijan
Cara-caranya:
Panaskan minyak, masukkan bahan perapan ayam tadi..tambah garam gula dan air sup ayam tadi..Masak sebentar atas sederhana.tutup api dan masukkan beberapa titik minyak bijan.


 

~ Lovely Irdina ~ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting