2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.
Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream
Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan
Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
Pastian tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi.
CHOCOLATE GLAZE
300 gm coklat masakan gelap
370 gm Heavy cream
Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
Untuk Heavy cream pula ita tak ada, lagi pula bimbang kalau yang ada di pasaran tidak ada tanda Halal. Ita gantikan dengan whipping cream. Boleh juga ita rasa gantikan dengan susu cair tapi kurangkan sedikit sukatannya.
Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
Kacau rata sehingga semua coklat melarut.
Kemudian tapis.
Biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
Alas redai dengan tray atau dulang.
Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
Dengan berhati-hati alihkan atas dulang kek.
Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.
sumber : http://fromintankitchen.blogspot.com
Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan