sejak seminggu dua ni.. dina suka sangat pakai seluar sediri.. kadang2 pas mandi kat rumah opah (waktu petang pas ibu dah balik keje) dina suka buka beg baju n cari seluar nak pakai sendiri..
Memula sekali ibu tgk dina pakai seluar sendiri dina tak nak org tolong... okla tu.. pandai anak ibu ni nak berdikari.. pastu dina suka pulak pakai spender kecik yang ibu boh dalam beg tu.. lawak tol ibu tengok.. dia pakai macam superman pulak spender kat luar.. hahaha..
pagi tadi.. 10 mei 2011, dina terjaga pukul 5.15am.. bising2 soh buka CD dia.. ibu ingat kot ketat sangat ke.. tgk ok jer.. pas tu dina bising2 lagi.. last2 ibu cakap meh ibu buka pamper dina ye..
Dina senyum jer bila ibu cakap macam tu.. suka la tu... ibu ambik seluar spender dina.. bagi dia pakai.. ibu pesan kat dia.. " kalau nak kencing dina cakap kat ibu ye...kalau pakai spender kene kencing kat jamban tau.. dina cakap macam ni tau..".. ibu.. dina nak kencing ni.." ( dina ni paham.. cuma tak pandai cakap je lagi..)
10 minit berlalu.. tetiba ibu tgk dina dok tarik2 spender dia.. bising2.. ibu tanya "dina nak kencing ke?.. jom kita pi kencing kat jamban ye.."
bawak dia pi jamban n ajar dia soh cangkung utk kencing.. (dia dah pandai cankung kalau basuh berak).. ibu pun mula la syu..syu..syu.. pas tu ibu tgk dia pun kencing... sket je.. pas tu terus dia berdiri n ibu pun basuh...
dok atas katil dina n ibu terus bagitau ayah yang dina dah pandai kencing kat jamban.. ayah cakap pandainyer anak ayah.. ayah kiss dina kat dahi.. ibu n ayah pun tepuk tgn.. then dina senyum n tepuk tgn gak.. (suke la tu.. bila kene puji..)then dina sambung tido..
15minit pas tu.. dina bisinng lagi sekali.. macam tadi.. tarik2 spender dia.. erm.. ibu pun bawak dia pi jamban lagi sekali.. kali ni dina kencing dengan banyaknyer... (tadi tak habis kuar agaknyer.. )
seronoknyer ibu rasa.. dina dah pandai kencing kat toilet... boleh la ibu start toilet train kat dina...
p/s: dina anak yg cepat paham.. tadi pagi dina nak berak pun dina cakap (guna bahasa dia la..) tapi ayah lak tak paham.. dia dah pi sampai kat singki sambil ghomel2 .. yah.. yah.. rupanya nak bagitau ayah dina nak berak ni.. tetiba ibu tgk mata dah berair.. nak berak rupanya anak ibu ni.. hehehe.. cepat2 pandai bercakap ye cayang..
LUK CHUP HANTARAN
-
LUK CHUP HANTARAN, dessert Thai yang di gemari ramai tetapi jarang di
jumpai atau di buat kerana kuih ini berasal dari Thailand. Bagi yang
pernah ke Hat...
6 days ago